Imam Nasa`i, atau nama lengkapnya
Ahmad bin Syu'aib bin Ali al-Nasā'ī (
Bahasa Arab: أحمد بن شعيب النسائي) adalah seorang ahli hadis. Beliau terkenal dengan nama An-Nasa`i kerana dinisbahkan dengan kota
Nasa'i, salah satu kota di
Khurasan. Beliau dilahirkan pada tahun
215 H, demikian menurut Adz Dzahabi. Dan beliau meninggal dunia pada hari
Isnin,
13 Safar 303 Hijriah di
Palestin dan beliau dikuburkan di
Baitulmuqaddis.Beliau menerima
Hadis dari
Sa'id,
Ishaq bin Rawahih dan ulama-ulama lainnya selain itu dari kalangan tokoh ulama ahli
hadis yang berada di
Khurasan,
Hijaz,
Iraq,
Mesir,
Syam, dan
Semenanjung Arab. Beliau termasuk diantara ulama yang ahli di bidang ini dan karena ketinggian sanad haditsnya. Beliau lebih kuat hafalannya menurut para ulama ahli hadits dari
Imam Muslim dan kitab
Sunan An Nasa`i lebih sedikit hadits dhaifnya (lemah) setelah Hadith
Sahih Bukhari dan
Sahih Muslim. Beliau pernah menetap di
Mesir.Para guru beliau yang nama harumnya tercatat oleh pen sejarah antara lain;
Qutaibah bin Sa`id,
Ishaq bin Ibrahim,
Ishaq bin Rahawaih,
al-Harits bin Miskin,
Ali bin Kasyram,
Imam Abu Dawud (penyusun
Sunan Abi Dawud), serta
Imam Abu Isa al-Tirmidzi (penyusun
al-Jami` atau
Sunan al-Tirmidzi).Sementara murid-murid yang setia mendengarkan fatwa-fatwa dan ceramah-ceramah beliau, antara lain;
Abu al-Qasim al-Thabarani (pengarang tiga buku kitab
Mu`jam),
Abu Ja`far al-Thahawi,
al-Hasan bin al-Khadir al-Suyuti,
Muhammad bin Muawiyah bin al-Ahmar al-Andalusi,
Abu Nashr al-Dalaby, dan
Abu Bakr bin Ahmad al-Sunni. Nama yang disebut terakhir, disamping sebagai murid juga tercatat sebagai “penyambung lidah” Imam al-Nasa`i dalam meriwayatkan kitab
Sunan al-Nasa`i.Sudah mafhum dikalangan peminat kajian hadis dan ilmu hadis, para imam hadis merupakan tokoh yang memiliki ketekunan dan kehebatn yang patut diteladani. Dalam masa ketekunannya inilah, para imam hadis kerap kali menghasilkan karya tulis yang tak terhingga nilainya.Tidak ketinggalan pula Imam al-Nasa`i. Karangan-karangan beliau yang sampai kepada kita dan telah diabadikan oleh pen sejarah antara lain;
al-Sunan al-Kubra,
al-Sunan al-Sughra (kitab ini merupakan bentuk perampingan dari kitab
al-Sunan al-Kubra),
al-Khashais,
Fadhail al-Shahabah, dan
al-Manasik. Menurut sebuah keterangan yang diberikan oleh
Imam Ibn al-Atsir al-Jazairi dalam kitabnya
Jami al-Ushul, kitab ini disusun berdasarkan pandangan-pandangan fiqh mazhab
Syafi`i.Untuk pertama kali, sebelum disebut dengan
Sunan al-Nasa`i, kitab ini dikenal dengan
al-Sunan al-Kubra. Setelah tuntas menulis kitab ini, beliau kemudian menghadiahkan kitab ini kepada
Amir Ramlah sebagai tanda penghormatan. Amir kemudian bertanya kepada al-Nasa`i, “Apakah kitab ini seluruhnya berisi hadis shahih?” Beliau menjawab dengan kejujuran, “Ada yang shahih, hasan, dan adapula yang hampir serupa dengannya”.Kemudian Amir berkata kembali, “Kalau demikian halnya, maka pisahkanlah hadis yang shahih-shahih sahaja”. Atas permintaan Amir ini, beliau kemudian menyisihkan dengan ketat semua hadis yang telah tertuang dalam kitab
al-Sunan al-Kubra. Dan akhirnya beliau berhasil melakukan perampingan terhadap
al-Sunan al-Kubra, sehingga menjadi
al-Sunan al-Sughra. Dari segi penamaan sahaja, sudah bisa dinilai bahwa kitab yang kedua merupakan bentuk perampingan dari kitab yang pertama.Imam al-Nasa`i sangat teliti dalam menyisihkan hadis-hadis yang termuat dalam kitab pertama. Oleh kerananya, banyak ulama bercakap “Kedudukan kitab
al-Sunan al-Sughra dibawah darjat
Sahih Bukhari dan
Sahih Muslim. Di dua kitab terakhir, sedikit sekali hadis dhaif yang terdapat di dalamnya”.Kerana hadis-hadis yang termuat di dalam kitab kedua (
al-Sunan al-Sughra) merupakan hadis-hadis pilihan yang telah disisih dengan ketat, maka kitab ini juga dinamakan
al-Mujtaba. Pengertian
al-Mujtaba bersinonim dengan
al-Maukhtar (yang terpilih), kerana memang kitab ini berisi hadis-hadis pilihan, hadis-hadis hasil sisihan dari kitab al-Sunan al-Kubra.